PUTRAJAYA 24 Ogos – Kerajaan hanya akan membayar amaun RM555 juta kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi mengambil alih operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, segala tindakan kerajaan hari ini melibatkan pengambil alih AES adalah tidak tertakluk dengan apa yang pernah dijanjikan kerajaan sebelum ini. “Kita akan berbincang dengan LTAT tentang pendirian kita yang hanya akan membayar RM555 juta… Tidak kurang tidak lebih. “Kita tidak…










