ADUN Kuah angkat sumpah Exco Kedah baharu - Utusan Malaysia

ADUN Kuah angkat sumpah Exco Kedah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Mohd. Firdaus Ahmad mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis pelantikan yang berlangsung di bilik mesyuarat pejabat Sultan Kedah itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pelantikan Mohd. Firdaus, 32, adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Amiruddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan serta Agama negeri.

Mukhriz dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 3 petang ini berhubung pelantikan Exco baharu tersebut dan penyelarasan portfolio beberapa Exco termasuk Mohd. Firdaus.

Mohd. Firdaus yang berasal dari Kampung Lubuk Buaya, Kedawang, Langkawi dekat sini merupakan Ketua Pemuda Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN