KUALA LUMPUR 20 Ogos – Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) berharap Kementerian Pendidikan mempertimbangkan semula pelantikan ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2018-2020. Meskipun menyambut baik pelantikan tersebut terutama Pengerusinya, Tan Sri Wan Mohd. Zahid Wan Nordin, Presiden iGuru, Mohd. Azizee Hasan mendakwa ada dalam kalangan ahli MPPK datang daripada latar belakang yang anti bahasa Melayu selain cenderung kepada budaya dan bahasa asing. Beliau juga mendakwa, ahli-ahli tersebut…










