PUTRAJAYA 29 Ogos – Raptai penuh acara perbarisan dan persembahan sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya di sini hari ini berjalan lancar. Acara raptai tersebut yang bermula pada pukul 8 pagi dimulakan dengan acara kawad hormat diikuti dengan acara perbarisan, pancaragam serta pertunjukan aset udara dan darat oleh Angkatan Tentera Malaysia serta persembahan tarian oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama kanak-kanak Permata Seni. Dalam pada…










