SHAH ALAM 14 Ogos – Sebanyak 8,748 pokok pelbagai jenis ditanam di sekitar kawasan lapang dan pejalan kaki berdekatan Padang B, Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 di sini sempena penganjuran program Shah Alam Trees For Life 2018. Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, antara spesies yang ditanam ialah 500 pokok daripada jenis Duranta Gold, Texas Ranger, Chinese Fringe Flower, Akalifa Merah dan Akalifa putih-hijau.…










