70,000 bantah penempatan semula pangkalan tentera AS - Utusan Malaysia

70,000 bantah penempatan semula pangkalan tentera AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 11 Ogos – Kira-kira 70,000 penduduk Naha di wilaya Okinawa membantah rancangan kerajaan pusat untuk menempatkan semula pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah terbabit.

Menurut penganjur protes terbabit, mereka menuntut agar kerajaan menghentikan rancangan untuk memindahkan Stesen Udara Tentera Marin AS Futenma dari daerah Ginowan ke kawasan pesisiran Henoko di Nago, Okinawa.

Sebelum ini, bekas Gabenor Okinawa, Takeshi Onaga yang meninggal dunia awal minggu ini, menentang habis-habisan rancangan berkenaan dengan mengadakan kempen anti-pangkalan AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anak kepada Onaga, iaitu Takeharu berkata kepada penunjuk perasaan, bapanya telah menghabiskan banyak masa menentang pelan terbabit walaupun ketika dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kanser.

“Mari berjuang bersama-sama supaya kita boleh memberitahu mendiang bapa saya suatu hari nanti bahawa pelan penempatan semula telah dihentikan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×