PUTRAJAYA – Kira-kira 500 penerbangan akan terjejas berikutan penutupan ruang udara sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selama lima hari bermula 27 Ogos ini untuk pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018. Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan berkata, penerbangan yang terjejas termasuk yang akan tiba dan berlepas dari KLIA dan KLIA2 dalam tempoh tertentu bermula dari 27 hingga 31 Ogos ini antara pukul 9 pagi hingga 10.30…