LABUAN 2 Ogos – Kementerian Wilayah membawa 500 anak pokok durian jenis D101 sempena penerbangan sulung Malindo Air ke Labuan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, usaha itu merupakan inisiatif di bawah projek Labuan Go Green yang memfokuskan penanaman pokok buah-buahan bagi merancakkan ekonomi pertanian di wilayah itu. “Anak-anak pokok durian ini akan ditempatkan di nurseri Jabatan Landskap…










