PULAU PINANG 2 Ogos – Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan sebelum bermulanya penggal baharu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal pertama untuk kali ke-14, di sini, hari ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota mendahului upacara tersebut sebelum disusuli dua timbalannya iaitu Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (Pinang Tunggal) dan Dr. P. Ramasamy (Perai). Turut mengangkat sumpah pada majlis…










