KEMAMAN 13 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan empat buah bot nelayan Vietnam bersama 38 awak-awak berusia antara 16 hingga 63 tahun termasuk tekong kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Terengganu dan Pahang Sabtu lalu. Penahanan itu membabitkan barang rampasan termasuk 500 kilogram ikan, 28,000 liter diesel dengan nilai keseluruhan termasuk bot dianggarkan RM4.5 juta. Kesemua empat bot penceroboh itu ditahan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)…










