32 trip feri sehari dari Batam ke Johor - Utusan Malaysia

32 trip feri sehari dari Batam ke Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATAM, Indonesia 1 Ogos – Perkhidmatan feri dengan 32 kali perjalanan pergi dan balik setiap hari disediakan dari Jeti Harbour Bay, dekat sini ke Jeti Stulang Laut, Johor Bahru dan Jeti Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor.

Syarikat Ocean Dragon Ferries yang menyediakan perkhidmatan tersebut menyediakan 16 perjalanan pergi balik masing-masing ke dua jeti berkenaan dari 7 pagi hingga 6.30 petang.

Pengurus Pemasaran dan Pengendali, Anthony Tan
Pengurus Pemasaran dan Pengendali, Anthony Tan

Pengurus Pemasaran dan Pengendali syarikat itu, Anthony Tan berkata, perkhidmatan itu bukan sahaja bakal mengukuh hubungan tetapi mempromosikan pelancongan di Batam dan Johor.

“Bagi perjalanan dari Batam ke Stulang Laut, Johor Bahru boleh memuatkan 250 penumpang bagi feri besar dan 160 penumpang untuk feri yang kecil sedikit untuk 16 trip sehari.

“Jeti Harbour Day merupakan kawasan strategik dalam kawasan pusat bandar yang mempunyai banyak hotel berdekatan dan mempunyai tarikan pelancongan terutama pulau-pulaunya.

“Selain pulau, Batam merupakan kawasan industri dan terkenal dengan makanan lautnya, tempat hiburan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di Jeti Harbour Bay kelmarin.

Seramai 25 ahli Kelab Media Johor (KMJ) terlibat program selama dua hari yang dibawa melawat ke Jeti Harbour Bay sebelum ke Pulau Pengelap, di sini kelmarin.

Program yang berakhir kelmarin itu melibatkan wakil media cetak dan elektronik dari Johor dalam usaha mempromosikan Jeti Harbour Bay dan Pulau Pengelap. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN