KOTA BHARU 30 Ogos – Seramai 244 pelajar sekolah menengah di negeri ini didapati positif dadah menerusi saringan ujian air kencing yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sehingga Jun tahun ini. Pengarah AADK negeri, Rohayu Ahmad berkata, walau bagaimanapun, statistik itu bukan kayu ukur untuk menentukan sama ada meningkat atau menurun berbanding tahun lalu kerana belum disaring sehingga penghujung tahun ini. Jelas beliau, jumlah pelajar yang terlibat dengan dadah…










