PUTRAJAYA – Seramai 23 pemandu bas Nadi Putra yang diberhentikan kerja secara tiba-tiba tanpa sebarang notis, akan diambil semula bekerja oleh syarikat perkhidmatan bas awam itu. Presiden Kesatuan Pemandu Bas Nadi Putra Noorhisham Nuruddin berkata untuk itu, kesemua pemandu terbabit akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak syarikat esok setelah kata sepakat dicapai dalam pertemuan mereka dengan wakil Kementerian Sumber Manusia (KSM). Menurutnya MoU tersebut yang disediakan oleh KSM antara…










