KUALA LUMPUR 27 Ogos – Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di Bandar Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini. Ketua Komunikasi Korporat MDHS, Junainah Abdullah berkata, program yang julung kalinya dianjurkan itu mendapat sambutan positif dalam kalangan pengunjung yang hadir bersama-sama keluarga. Katanya, kemuncak acara larian santai sejauh 1.3 kilometer yang berjaya menarik penyertaan 400 peserta itu turut mengetengahkan tema ‘Hari Kemerdekaan’ bagi…










