TEHERAN 26 Ogos – Gempa kuat berukuran 6.0 magnitud melanda barat Iran barat berhampiran sempadan Iraq awal pagi tadi, mengorbankan dua nyawa dan mencederakan lebih 241 orang, lapor pegawai. Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut menggegarkan kawasan sekitar 26 kilometer di barat daya bandar Javanrud di wilayah Kermanshah, berhampiran lokasi gempa bumi kuat tahun lalu yang mengorbankan ratusan nyawa. – AFP










