KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kira-kira 194,571 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara yang mengambil upah mengusahakan kebun milik individu lain merupakan golongan paling terjejas daripada sumber pendapatan akibat penurunan harga komoditi itu. Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM), Kameruzaman Ab. Rahman berkata, sekiranya harga getah di paras RM2 sekilogram seperti yang dihadapi ketika ini, rata-rata golongan pekebun kecil dan penoreh getah itu hanya akan memperoleh pendapatan…










