PELUANG. Seramai 19 pegawai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berpeluang mengikuti sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (Pragmatis) USIM tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai berkenaan situasi sebenar persidangan berlangsung. Menurut Exco Pragmatis USIM, Zulfadhli Hamzah, lawatan tersebut memberi input kepada peserta berkenaan etika pengurusan protokol melibatkan urusan rasmi di Parlimen. “Selain berpeluang mengikuti sesi perbahasan di Dewan Rakyat, kami juga dibawa melawat ke Dewan Negara, Galeri Parlimen serta kawasan sekitar,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya