BEIJING 25 Ogos – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila sebuah hotel di bandar Harbin di timur laut China terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini. Agensi berita Xinhua melaporkan, punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi mencari serta menyelamat diteruskan. – REUTERS










