SEREMBAN – Sekumpulan 15 lelaki bertindak ganas merusuh hingga merosakkan beberapa peralatan di sebuah restoran di Uptown Avenue, Seremban 2 di sini, kelmarin. Difahamkan, tindakan tersebut tercetus akibat tidak berpuas hati dengan satu kemalangan kecil melibatkan dua kenderaan di lokasi berhampiran. Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi dipercayai berpunca daripada kemalangan membabitkan kereta Volkswagen dan kenderaan pacuan empat roda Range Rover. …