14 dicekup terlibat dadah - Utusan Malaysia

14 dicekup terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 10 Ogos – Polis menahan 14 lelaki berusia antara 28 hingga 57 tahun dipercayai terlibat dalam pengedaran dan penagihan dadah dalam satu serbuan di Felda Air Tawar 1, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ashmond Bajah berkata, serbuan tersebut dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Dalam serbuan bermula pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari di Pot Sawit Blok 3, Felda Air Tawar 1 itu, polis menahan seramai 14 individu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut ditemukan dadah jenis heroin seberat 3.98 gram dan syabu 0.01 gram, berserta sebuah motosikal dipercayai dicuri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis morfin.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×