KOTA KINABALU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah sudah melupuskan kira-kira 10,000 ekor ayam di sebuah ladang ternakan ayam di Tamparuli yang sebelum ini diisytiharkan dijangkiti virus selesema burung, setakat hari ini. Timbalan Pengarah JPV Bahagian Kesihatan Sabah, Dr. Peter Lee Ah Kong berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di Tamparuli ekoran pengesanan virus selesema burung di sebuah ladang di kawasan itu. “Selebihnya (18,000…