KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran mereka membuktikan bahawa segala yang ditawarkan hanyalah untuk memancing undi tanpa mengambil kira aspek realistik. Perkara itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu, hanya dua ke tiga janji mampu dilaksanakan tetapi itu pun masih belum cukup memuaskan hati khususnya dari segi memberi kesejahteraan dan impak kepada kehidupan rakyat.…










