SEMPORNA 1 Ogos – Kira-kira 100 buah rumah setinggan melibatkan dua kawasan perkampungan atas air musnah dalam kejadian kebakaran, di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, dua kampung terbabit adalah Kampung Air Hujung dan Kampung Air Tengah di daerah ini, didirikan dalam keluasan lebih 0.405 hektar. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.58 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama…










