JOHOR BAHRU 22 Ogos – Sebanyak 10 ekor lembu dan tujuh kambing dikorbankan di pekarangan Masjid Al-Azim, Bandar Baru Permas Jaya, di sini hari ini. Program berkenaan dijayakan oleh 80 petugas yang terdiri daripada ahli kariah masjid tersebut termasuk golongan wanita yang bergotong-royong membantu melaksanakan kerja-kerja rewang. Penyembelihan bermula selepas solat sunat Aidiladha bermula kira-kira pukul 10 pagi. Tinjauan Utusan Online mendapati kerja-kerja melapah, memotong dan menimbang daging berjalan lancar…










