KUALA LUMPUR 13 Ogos – Sempena usia 18 tahun Flop Poppy dalam industri hiburan negara, satu showcase istimewa akan diadakan pada 1 September ini bertempat di Panggung Asia, Setor Gombak, Kuala Lumpur. Ujar Andy atau nama sebenarnya Megat Effendy Zakaria, tiket boleh dibeli melalui pra jualan dengan harga RM45 menerusi aplikasi TicketApps sehingga 20 Ogos dan harga RM50 boleh didapati di pintu masuk Panggung Asia pada malam showcase tersebut berlangsung.…










