KUALA LUMPUR 30 Julai – Isteri kepada sukarelawan tunggal Malaysia mahu rejim Zionis Israel membebaskan suaminya, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh iaitu seorang daripada 22 anak kapal flotila Al-Awda yang ditawan ketika menghampiri perairan Gaza, semalam. Menurut Ayu Mazlan, 45, beliau sangat terkejut dan cemas apabila mengetahui berita mengenai nasib yang menimpa suaminya itu pada pukul 7.15 petang semalam. “Pada sebelah pagi sebelum kejadian, saya sempat berhubung dengan suami…










