Zawawi bongkar sendiri kelemahan kerajaan negeri  - Utusan Malaysia

Zawawi bongkar sendiri kelemahan kerajaan negeri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tindakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd. Zawawi Ahmad Mughni menggunakan isu tempatan dalam berkempen secara langsung membongkar kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan negeri Selangor.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam berkata, seharusnya sebagai calon mewakili kerajaan negeri tidak perlu membangkitkan isu tersebut sebaliknya terus melakukan pembaharuan.

Katanya, namun pendekatan itu seolah-olah ‘memakan diri’ Mohd. Zawawi.

“Ini masalah pada calon itu bahawa tidak menyedari mereka merupakan parti pemerintah di negeri Selangor selama tiga penggal.

“Sepatutnya dia (Zawawi) tidak perlu menjadi pembangkang dengan saya sepatutnya membangkit isu-isu tersebut termasuk pusat pelupusan haram di Teluk Menegun, wabak denggi dan jalan raya berlubang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan program ziarah kasih masyarakat bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Sungai Kandis di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohd. Zawawi lebih selesa berkempen dengan isu tempatan berbanding Lokman yang memainkan isu nasional ketika berkempen.

Jelas Lokman, seharusnya pemasalahan berkaitan kemudahan infrastruktur seperti jalan-jalan berlubang, sampah tidak terurus selain wabak denggi telah berjaya diselesaikan mereka.

“Kita (BN) tinggalkan kerajaan negeri Selangor dengan rizab negeri RM1.6 billion setelah tewas semasa zaman bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo namun mereka (PH) gagal mengunakannya sebaiknya dalam mengatasi masalah itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN