SHAH ALAM – Tindakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd. Zawawi Ahmad Mughni menggunakan isu tempatan dalam berkempen secara langsung membongkar kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan negeri Selangor. Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam berkata, seharusnya sebagai calon mewakili kerajaan negeri tidak perlu membangkitkan isu tersebut sebaliknya terus melakukan pembaharuan. Katanya, namun pendekatan itu seolah-olah ‘memakan diri’ Mohd. Zawawi. “Ini masalah pada calon itu bahawa tidak menyedari mereka…










