Zahid ziarah Ku Li bincang hala tuju UMNO - Utusan Malaysia

Zahid ziarah Ku Li bincang hala tuju UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menziarahi Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam twitnya, Ahmad Zahid berkata, pertemuan tersebut bagi bertanya khabar dan membincangkan hala tuju UMNO ke arah yang lebih baik.

“Alhamdulillah, saya baru sahaja menziarahi YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Bertanya khabar dan membincangkan hala tuju UMNO demi ke arah yang lebih baik. Kami bersifat semangat setiakawan,” kata Ahmad Zahid.

 

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang antara calon Presiden UMNO pada pemilihan parti yang lalu dan tewas kepada Ahmad Zahid.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN