KUALA LUMPUR 30 Jun – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti hari ini, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 10 malam ini. Beliau memperoleh 93 undi sekali gus mengatasi dua pesaingnya iaitu bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (51 undi) dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (23 undi). Baru-baru ini, Ahmad Zahid menyatakan komitmennya untuk memastikan UMNO kembali bangkit…










