Yang di-Pertuan Agong seru perpaduan rakyat terus dipelihara - Utusan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong seru perpaduan rakyat terus dipelihara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyeru agar perpaduan dan keadaan harmoni dalam kalangan rakyat negara ini terus dipelihara dan diperkukuhkan.

Seri Paduka bertitah, elemen-elemen negatif dan tindak-tanduk yang menganggu-gugat kesepaduan dan keharmonian perlu dibanteras.

“Hentikan ungkitan terhadap isu-isu sensitif antara kaum,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka bertitah demikian ketika menyempurnakan istiadat pembukaan penggal pertama Parlimen Ke-14 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN