Yang di-Pertuan Agong perkenan rasmi istiadat pembukaan Parlimen - Utusan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong perkenan rasmi istiadat pembukaan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal pertama Parlimen Ke-14 sebentar tadi.

Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V pada pukul 10 pagi tadi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

Turut menyambut ketibaan Baginda ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sultan Muhammad V menerima sembah ‘Hormat Diraja’ daripada Mejar Mohd. Izham Ahmad Rashidi yang mengetuai barisan kawalan keselamatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Seramai 103 anggota terlibat dalam kawalan kehormat seterusnya lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.

Ini merupakan persidangan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan Pakatan Harapan berjaya membentuk sebuah kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN