KUALA TERENGGANU 1 Julai – Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Yahaya Ali dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu dalam mesyuarat pertama penggal persidangan pertama DUN Ke-14, di sini hari ini. Pemilihan Yahaya menggantikan Datuk Mohd Zubir Embong dicadangkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan & Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka.…










