Wujudkan undang-undang tangani lelaki berperwatakan wanita di media sosial - Utusan Malaysia

Wujudkan undang-undang tangani lelaki berperwatakan wanita di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Kerajaan digesa mewujudkan satu undang-undang khusus di peringkat Persekutuan bagi menangani isu lelaki berperwatakan wanita media sosial.

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA AHMAD YAACOB
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA AHMAD YAACOB

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaacob berkata, undang-undang sedia ada berkaitan isu itu di negara ini hanya berkuat kuasa di peringkat negeri.

“Kerajaan perlu menubuhkan satu unit tugas khas bagi memperhalusi pelan tindakan dalam merangka undang-undang tersebut yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan untuk membendung isu tersebut yang dikatakan semakin berleluasa,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Beliau mengulas gesaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) supaya pihak berwajib perlu mengambil tindakan ke atas golongan lelaki berpewatakan wanita termasuk ‘pondan kaya’ yang dilihat semakin berani menunjukkan aksi melanggar hukum agama secara terbuka terutama di media sosial.

Yang Dipertua Yadim, Dr. Yusri Mohamad berkata, peruntukan undang-undang yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya dan golongan tersebut tidak sewajarnya dibiarkan.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mengambil langkah proaktif dalam mendekati golongan tersebut bagi membendung perkara ini daripada terus berleluasa.

“Kita setuju bahawa undang-undang itu penting, namun sejauh manakah keberkesanannya jika tiada tindakan proaktif daripada badan agama seperti JAKIM?

“Sebagai langkah awal, Jakim, badan hal ehwal agama dan pendakwah perlu bersama-sama bergerak dengan lebih efisien untuk memberi kesedaran dan memulihkan golongan tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN