Wujud pasukan sukarelawan pantau keselamatan kanak-kanak - Utusan Malaysia

Wujud pasukan sukarelawan pantau keselamatan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran mewujudkan pasukan sukarelawan di kawasan perumahan bagi memantau isu keselamatan dan perlindungan kanak-kanak.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu boleh menjurus kepada perubahan sikap masyarakat agar menjadi lebih prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka, sekali gus membantu mencegah kes penderaan kanak-kanak.

“Cadangan ini akan diusulkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pertimbangan mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pasukan sukarelawan terlibat boleh bertindak melaporkan segera sebarang insiden yang berlaku di kawasan mereka untuk perhatian dan tindakan pihak berkuasa.

Selain itu, beliau menyarankan penguatkuasaan mewajibkan pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di semua pusat jagaan kanak-kanak bagi memudahkan pemantauan bagi mengesan sebarang kes kecuaian dan penderaan terhadap kanak-kanak di premis mereka. 

“Pengusaha taska atau pusat asuhan kanak-kanak perlu diwajibkan memasang CCTV bagi memudahkan ibu bapa memantau keselamatan anak-anak yang ditinggalkan bawah pengawasan pengasuh sepanjang mereka bekerja,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN