Wolff: Bottas bukan dianaktirikan - Utusan Malaysia

Wolff: Bottas bukan dianaktirikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOCKENHEIM, Jerman – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menegaskan bahawa mereka tidak pernah meng­anaktirikan pelumba Finland, Valtteri Bottas dan akan lakukan perkara sama sekiranya posisi kedua-dua pelumba mereka bertukar.

Pada saingan Grand Prix (GP) Jerman, Ahad lalu, Bottas yang pada asalnya bersaing sengit de­ngan rakan sepasukan, Lewis Hamilton untuk merebut kedudukan pertama bagaimanapun diarahkan untuk kekal di tempat kedua, sekali gus memberikan kemenangan kepada pelumba ­Britain tersebut.

Menurut Wolff, arahan tersebut tidak bermakna Hamilton merupakan ‘anak emas’ Mercedes, namun kerana taktik tersebut tepat memandangkan Ha­milton sedang memacu di depan ketika itu.

“Sudah tentu kemenangan yang diberikan kepada Hamilton tidak bermakna kami meminggirkan Bottas. “Jika posisi mereka bertukar dengan Bottas di depan, manakala Hamilton di tempat kedua, arahan sama tetap akan dikeluarkan.

“Perkara penting adalah kemenangan pasukan. Kami mahu menegaskan bahawa sekiranya ada pelumba yang memiliki kelebihan besar pada suku akhir perlumbaan, kami akan ambil keputusan sebegini.

“Taktik hari ini (kelmarin) digunakan bagi memastikan kedua-dua pelumba dapat menamatkan saingan de­ngan baik. “Jika Bottas mendahului saingan, kami juga akan meminta Ha­milton memberikan kemenangan kepadanya,” jelasnya wolff – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN