Melihat kepada usianya, mesti ramai yang tidak menyangka Nurul Eeman Mansor, 20, telah meraih banyak pencapaian dan anugerah sehingga ke peringkat antarabangsa. Penglibatan aktifnya dalam bidang hak asasi kanak-kanak dan lukisan sejak di bangku sekolah lagi menyebabkannya menerima pelbagai anugerah. Antara anugerah yang diterima oleh penuntut tahun satu Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini, termasuklah Anugerah Perwaris Harapan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Anugerah…










