Wartawan penuhi pekarangan mahkamah seawal pukul 5 pagi - Utusan Malaysia

Wartawan penuhi pekarangan mahkamah seawal pukul 5 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pekarangan luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dipenuhi petugas media pelbagai agensi seawal pukul 5 pagi bagi mengikuti prosiding pendakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung kes skandal rasuah bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn. Bhd.

Difahamkan, Najib akan tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Najib akan didakwa lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan SRC International Sdn. Bhd.

Bekas Menteri Kewangan itu ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini dan terpaksa bermalam di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN