Perak Bison lancar jersi baharu, sedia pertahan kejuaraan STL - Utusan Malaysia

Perak Bison lancar jersi baharu, sedia pertahan kejuaraan STL

AMIRUL Zazwan Amir (duduk tiga dari kiri) merupakan antara tonggak baharu Perak Bison yang diperkenalkan pada majlis pelancaran jersi baharu pasukan itu di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Juara Sepak Takraw League (STL) 2025, Perak Bison berharap mampu mempamerkan aksi terbaik tahun ini meskipun kehilangan beberapa tonggak utama yang berhijrah ke pasukan lain.

Hasrat itu diharap mampu tercapai menerusi kehadiran bekas apit kiri pasukan Kuala Lumpur Thunders, Amirul Zazwan Amir, yang bersemangat dengan kejayaan membantu negara menamatkan kemarau 36 tahun untuk meraih emas acara regu berpasukan lelaki Sukan Asia di Jepun baru-baru ini.

Amirul Zazwan berkata, ini merupakan pertama kali dia menyertai pasukan lain selain Kuala Lumpur dan gembira apabila Perak Bison berminat mendapatkan khidmatnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya cuba keluar dari zon selesa, menerima cabaran untuk bermain di negeri lain. Saya harap dapat menunjukkan prestasi yang terbaik untuk membantu Perak memberi persembahan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis pengenalan pemain dan pelancaran jersi baharu Perak Bison yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di sini hari ini.

Perak Bison menjuarai STL 2025 selepas mempamerkan aksi konsisten dalam kesemua enam pusingan Grand Prix dengan memungut 136 mata mengatasi Kuala Lumpur Thunders, 130 mata dan Melaka Titans 128 mata.

Kata Amirul Zazwan, cabaran utama adalah untuk mengeratkan ikatan persefahaman antara pemain kerana usaha itu pada kebiasaannya akan memakan masa yang lama.

Beliau dilihat sebagai pengganti Aidil Aiman yang berhijrah ke pasukan Terengganu Turtles.

Jersi Perak Bison bagi tahun ini ditaja oleh EFS iaitu jenama pakaian sukan yang berpusat di Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN