Warga emas tetak isteri dipenjara lima tahun, denda - Utusan Malaysia

Warga emas tetak isteri dipenjara lima tahun, denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 27 Julai – Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menetak isterinya di bahagian kepala sehingga cedera pada 11 Julai lalu.

Hakim Azuar Che Yusof memerintahkan tertuduh, Salmi Mat Seh, 69, menjalani hukuman bermula daripada tarikh dia ditahan pada 15 Julai lepas.

Tertuduh yang merupakan pesara kerajaan diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazeera Ra Sharifudin manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim.

Pada 18 Julai lalu, tertuduh mengaku bersalah sebelum sebutan semula untuk fakta kes dan hukuman ditetapkan hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, warga emas berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya dengan menetak kepala mangsa menggunakan pisau pemotong daging di Surau Taman Bunga Raya di sini pada pukul 6 pagi, 11 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Sekayen 324 Kanun Kesekaaan dibaca bersama Seksyen 326A Akta sama.

Hakim menetapkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM5,000 atau penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×