DUNGUN – Seorang warga emas terkejut selepas menemui mayat seorang lelaki yang masih tidak dikenali identitinya di belakang sebuah rumah usang di Jalan Teratai, Kampung Alur Tembesu di sini hari ini. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan tertiarap di atas tanah kira-kira pukul 10.30 pagi oleh Sulong Abas, 72, yang tinggal berhampiran lokasi kejadian. Warga emas itu berkata, dia sangat terkejut dengan penemuan mayat itu dan terus memaklumkan kejadian kepada anak…










