Warga emas maut kenderaan dirempuh remaja - Utusan Malaysia

Warga emas maut kenderaan dirempuh remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Seorang lelaki maut selepas kenderaan Perodua Kancil yang dipandunya dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Pantai Simpang Lorong Hua Dat di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu pelajar lelaki berusia 17 tahun dikatakan merempuh kenderaan dipandu mangsa, Ho Chee Hien, 65, sehingga remuk.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan mangsa yang menukar haluan secara cuai.

“Kejadian kemalangan berlaku apabila pemandu Toyota Hilux yang datang dari arah Kuhara Jaya menghala ke Tawau Lama gagal mengelak kereta mangsa dari arah bertentangan.

“Mangsa dikatakan secara cuai menukar haluan menuju ke Simpang Lorong Hua Dat sebelum kenderaanya berpusing di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Fadil berkata, akibat pelanggaran itu, Toyota Hilux yang dipandu pelajar terbabit terperosok di bahagian longkang berdekatan.

Sementara mangsa pula disahkan meninggal dunia di lokasi kerana parah pada bahagian muka dan dada dipercayai tersepit di tempat duduk bahagian pemandu.

Tambah Fadil, siasatan lanjut mendapati pelajar tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan sampel darah diambil untuk ujian di Jabatan Kimia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN