Warga emas ditahan miliki dadah - Utusan Malaysia

Warga emas ditahan miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 29 Julai – Polis merampas sejumlah serbuk putih disyaki kafein seberat 7.5 kilogram(kg) dan pil ekstasi sebanyak 1,100 biji dengan anggaran nilai rampasan dadah berjumlah RM30,000 selepas menahan seorang lelaki di kawasan Ulu Tiram, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, rampasan itu dibuat selepas menahan seorang warga emas berusia 60 tahun kira-kira pukul 8.30 malam.

“Polis menahan suspek di sekitar kawasan Ulu Tiram. Hasil siasatan lanjut di lokasi tersebut menemukan sejumlah serbuk putih disyaki kafein seberat 7.5kg dan 1,100 biji pil ekstasi dengan anggaran nilai rampasan RM30,000.

“Polis turut merampas dua buah kereta jenis Mercedes dan Honda Odyssey,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mohd. Khalil berkata, suspek direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN