Wanita UMNO umum pelantikan Ahli Jawatankuasa Wanita, Ketua dan Naib Ketua Negeri - Utusan Malaysia

Wanita UMNO umum pelantikan Ahli Jawatankuasa Wanita, Ketua dan Naib Ketua Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Pergerakan Wanita UMNO mengumumkan pelantikan Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan dan lima orang Ahli Jawatankuasa Lantikan Wanita serta Ketua dan Naib Ketua Wanita peringkat negeri.

Menurut kenyataan, pelantikan itu dibuat oleh Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad selaras dengan Fasal 5.5 dan 11.3 Peraturan Pergerakan Wanita UMNO dalam Perlembagaan UMNO.

“Barisan kepimpinan Pergerakan Wanita komited untuk bergerak bersama kepimpinan tertinggi dan Perhubungan UMNO Negeri dalam meneruskan usaha membawa pembaharuan dan perubahan yang diperlukan untuk UMNO kembali menjadi kepercayaan rakyat,” kata kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan tersebut memaklumkan, Datuk Rosni Sohar dilantik sebagai Penolong Setiausaha, Datin Maizatul Akmam Alawi (Penolong Bendahari); Datuk Ruhaidini Abd. Kadir (Ketua Penerangan) dan Zauyah Zainuddin (Setiausaha Kerja).

“Lima Ahli Jawatankuasa Lantikan pula terdiri daripada Datuk Rosni Zahari; Datuk Noriah Mahat; Datuk Zaleha Hussin; Datuk Habibah Mohd. Yusof dan Datuk Ida Moerni Zakaria,” katanya.

SENARAI PELANTIKAN KETUA DAN NAIB KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO NEGERI-NEGERI 2018 – 2021

PERLIS
Ketua –
Datuk Seri Shamsiah Yasin
Naib Ketua – Asmaiza Ahmad

KEDAH
Ketua
– Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim
Naib Ketua – Hisham Suhaily Othman

KELANTAN
Ketua – Senator Datin Rahimah Mahamad
Naib Ketua – Nik Noriza Nik Salleh

TERENGGANU
Ketua
– To’ Puan Zaitun Mat Amin
Naib Ketua – YB Senator Engku Naemah Engku Taib

PULAU PINANG
Ketua – Datuk Norliza Abdul Rahim
Naib Ketua – Rosni Salleh

PERAK
Ketua
– Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin
Naib Ketua – Masarah Abdullah

PAHANG
Ketua
– Datuk Siti Hajar Mubin
Naib Ketua – Datin Samsiah Arshad

SELANGOR
Ketua
– Datuk Rosni Sohar
Naib Ketua – Azizah Harun

WILAYAH PERSEKUTUAN
Ketua
– Datuk Zurainah Musa
Naib Ketua – Datin Azizan Shariff

NEGERI SEMBILAN
Ketua
– Latteffah Aliyaru Kunju
Naib Ketua – Zuraidah Mohd Zin

MELAKA
Ketua
– Datuk Latipah Omar
Naib Ketua – Datuk Zaleha Bujang

JOHOR
Ketua
– Asiah Md. Ariff
Naib Ketua – Datuk Noriah Mahat

SABAH
Ketua – Datuk Jainab Panglima Ahmad
Naib Ketua – Juriah Palasin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN