Wanita PKR mahu pemilihan jawatan parti dibuka tanpa sekatan - Utusan Malaysia

Wanita PKR mahu pemilihan jawatan parti dibuka tanpa sekatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Wanita PKR menerima dengan baik tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi bertanding jawatan Presiden namun dalam masa yang sama menegaskan parti itu perlu menghormati perlembagaan parti dalam hal membuka ruang pertandingan mana-mana jawatan tanpa sebarang usaha sekatan.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, dalam pada tawaran Anwar itu diterima dengan terbuka, parti juga harus bersiap-siaga menjulang prinsip demokrasi dalam menghirup udara segara Malaysia baru yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia. 

“Wanita PKR menegaskan bahawa di samping menerima baik tawaran Anwar bagi bertanding jawatan Presiden, parti juga perlu menghormati perlembagaan parti dalam hal membuka ruang pertandingan mana-mana jawatan tanpa sebarang usaha sekatan.

“Kita perlu lakukan apa yang kita laungkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Anwar yang memegang jawatan Ketua Umum PKR mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu Ogos ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN