SUATU pagi sebaik sahaja terjaga daripada lena Nurul, 29, mendapati seluruh kaki kanan sehingga paras pinggang menjadi kejang membuatkan dia tidak mampu bangun hampir sejam lamanya. Apabila ke klinik, dia diberi ubat saraf dan cuti sakit sebelum kembali bekerja pada keesokan harinya. Namun, kejadian yang berlaku pada tahun 2015 itu tidak berakhir begitu sahaja. Empat bulan kemudian, episod kejang kaki itu berulang kembali. Kali ini Nurul pergi ke sebuah hospital…










