Wanita dipenggal, kepala dibakar - Utusan Malaysia

Wanita dipenggal, kepala dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARATOK – Seorang wa­nita warga emas ditemui mati dalam keadaan me­nyayat hati dengan leher dipenggal sebelum kepalanya dibakar dalam satu kejadian di Rumah Panjang Lumpoh Bratong Baru, Roban dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu mangsa, Gelingi Ngaing, 75, mati di rumah panjang ber­kenaan akibat lehernya putus ditetak oleh suspek berusia 57 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, siasatan awal mendapati sebelum insiden berdarah itu, mangsa sedang berehat di ruang tamu biliknya di rumah panjang tersebut.

Bagaimanapun katanya, seorang lelaki kemudian secara tiba-tiba masuk ke bilik mangsa lalu memenggal leher wanita berkenaan dengan menggunakan sebilah parang.

“Suspek kemudian membawa lari bahagian kepala mangsa dengan menggunakan sebuah motosikal milik anak wanita malang berkenaan kira-kira sejauh 500 meter.

“Suspek kemudian bertindak membakar kepala mangsa bersama motosikal berkenaan di simpang masuk ke rumah panjang tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×