Wan Azizah yakin kekal Presiden PH - Utusan Malaysia

Wan Azizah yakin kekal Presiden PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yakin akan kekal sebagai Presiden Pakatan Harapan (PH) walaupun beliau tidak lagi menyandang jawatan Presiden PKR selepas pemilihan parti itu bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusannya tidak bertanding mempertahankan jawatan tertinggi PKR itu tidak akan memberi kesan terhadap kedudukannya dalam PH.

“Tak apa, tidak ada apa-apa dengan kedudukan saya sebab kita merasakan bahawa dalam PH memang jawatan saya tetap akan diteruskan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas me­ngenai kedudukannya dalam PKR dan PH sekiranya tidak bertan­ding mempertahankan jawatannya dalam parti.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PKR.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai status jawatan Ketua Umum PKR, Wan Azizah berkata, belum ada lagi perbincangan mengenai perkara berkenaan di peringkat kepe­mim­pinan parti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN