ULAANBAATAR (Mongolia) – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini dengan menaiki penerbangan komersial untuk lawatan sulungnya ke luar negara sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dr. Wan Azizah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chinggis Khaan di ibu negara Mongolia pada jam 7.30 malam (waktu tempatan) untuk menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Asia mengenai Pengurangan Risiko Bencana (AMCDRR).
Beliau disambut di lapangan terbang oleh Duta Besar Malaysia ke China yang juga ditauliahkan ke Mongolia, Datuk Zainuddin Yahya.
Zainuddin berkata, Dr. Wan Azizah membuat keputusan untuk menaiki penerbangan komersial untuk lawatan tersebut kerana faktor kos dan tidak menaiki pesawat kerajaan kerana ia melibatkan kos yang tinggi.
“Perbelanjaan berhemah,” kata beliau kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan Wan Azizah ke ibu negara Mongolia pada Selasa . – Bernama










