Wakil bukan Islam akan dilantik dalam kerajaan - Utusan Malaysia

Wakil bukan Islam akan dilantik dalam kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 18 Julai -Kerajaan Pas mempertimbangkan untuk melantik beberapa wakil bukan Islam dalam pentadbiran negeri bagi menjaga kebajikan kaum itu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara tersebut masih dalam perbincangan dan jika dapat diputuskan awal, langkah itu dapat disegerakan.

“Kita dalam pertimbangan untuk melantik pegawai-pegawai dari kalangan bukan Islam yang akan bertanggungjawab dalam kebajikan mereka.

“Malah kita juga akan melantik beberapa orang pegawai berbangsa Melayu dan sebagai tambahan unruk membantu, “ ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri bersama Warga Tionghoa dan India di Dataran Kampung Cina, di sini petang semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dan wakil-wakil persatuan Tionghoa dan India.

Tambah Dr.Ahmad Samsuri, pihaknya sentiasa mengambil berat kebajikan masyarakat bukan Islam melalui tindakan serta penyelesaian yang diambil setiap kali menerima aduan dari pihak yang terbabit.

“Kami banyak menerima aduan tentang masalah perniagaan, masalah harian, masalah perparitan dan pelbagai lagi aduan…. setakat ini tiada lagi masalah untuk menguruskannya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN